Saturday 25 June 2011

Kursus Asas Perajurit Muda (Sukarela) siri 2/2011

BN 2 MENCIPTA KECEMERLANGAN
Kursus Asas Perajurit Muda siri 2/2011 bermula 23 mei-21 Jun 2011 bertempat di Kem Latihan Rejimen 506 Sungai Durian, Kuala Krai Kelantan. Bilangan peserta keseluruhan adalah 135 orang yang terdiri daripada pelajar Bn1(Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Institut Perguruan Guru Kota Bharu (IPGKB), Bn2 (Politeknik Kota Bharu dan Pondok Moden Kandis), Bn3 (Sukarela kampung). 4 orang anggota Bn2 dari PKB menerima anugerah daripada 5 kategori  yang dipertandingkan iaitu Penembak Terbaik oleh Mohd Faiz Najmi bin Abd Saad , Kawad Wanita Terbaik oleh Noor Azreen bt Azhar  , Kawad Lelaki Terbaik oleh Mohamad Khalis bin Nordin dan Penuntut Keseluruhan Terbaik oleh Muhamad Hishazwan bin Isa . Cuma kategori Akademik Terbaik disandang oleh Pelajar Institut perguruan Guru (IPGKB).Manakala kategori Platun Terbaik juga dikendalikan oleh Jurulatih dari BN2 Sjn Pakor Azman bin Rajab. Anugerah disampaikan oleh Pen.Peg Memerintah Sukarela Bn 2, Mej Fauzi bin Sulaiman pada Majlis Penutup pada 19 Jun amat berbangga dengan kejayaan ini. Kejayaan yang dicapai hasil usaha yang ditunjukkan oleh semua anggota Askar Wataniah Bn 2 terutama dari PKB yang mengikuti kursus ini dan juga usaha dan semangat yang dicurahkan oleh Penasihat Pasukan Askar Wataniah PKB iaitu Leftenan Mohd Azri bin Abdul Ghani.Sepanjang 30 hari kursus anggota telah didedahkan dengan perbagai Ilmu Asas Ketenteraan bagi melatih seorang Soldadu yang terlatih dengan semangat kerjasama, setiakawan,berdisiplin,ketahanan mental dan fizikal,meningkatkan tahap kecerdasan jasmani agar mereka mampu melaksanakan tugas di dalam situasi yang mencabar dan tertekan serta akan lebih bersemangat untuk menjadi seorang Tentera yang berjaya.
                            Lt Kol Hj Muhammad, wakil Pengarah PKB en Mohd Raime,
                            Lt Mohd Azri dan Jurulatih2 bersama anggota Rekrut Bn2.

LATIHAN TEMPATAN BULAN JULAI 2011

PERHATIAN...
Latihan Tempatan untuk bulan julai belum ditetapkan lagi tetapi untuk pelancaran Askar Wataniah Parlimen Pasir Mas/ KB sebagaimana berikut
Tarikh: 15-24 Julai 2011 (10 hari)
Tempat: Lapor diri di Bn 2, Kem Machang, Kelantan
Lokasi Pelancaran: Mini Stadium Pasir Mas
Paakaian : Loreng
Semua anggota BN 2. diminta hadirkan diri pada latihan tersebut, hubungi Jurulatih Kompeni masing2 untuk maklumat lanjut, TQ

Selamat Datang !!!